Para Sahabat

Monday, July 13, 2009

Technorati.com

Jika Google lebih dikenali sebagai enjin carian laman web di internet, Technorati.com pula lebih dikenali sebagai enjin pencarian blog di Internet. Sehingga penghujung 2006, dilaporkan terdapat hampir 60 juta blog yang telah didaftarkan di Technorati.com dan jumlah ini semakin bertambah dari hari ke sehari.


Memandangkan Technorati seringkali menjadi pilihan orang ramai untuk membuat pilihan tentang sesuatu blog, maka adalah amat perlu untuk memastikan blog anda tersenarai dalam laman web Technorati ini.

Laman web Technorati agak menarik kerana blog anda bukan sahaja disenaraikan untuk carian berdasarkan post-post yang terdapat di blog anda, malah Technorati akan menyenaraikan blog anda berdasarkan kategori blog anda di dalam direktori blog mereka serta berdasarkan "tag" yang terdapat di blog anda. Lebih menarik lagi, blog anda akan turut diberikan "ranking" atau kedudukan berdasarkan yang membuat link kepada blog anda. Semakin tinggi ranking blog anda, semakin mudahlah ia dijumpai dan sekaligus memberikan blog anda kreadibiliti yang agak tinggi dalam Technorati.

Untuk mendaftar sebagai ahli technorati, anda boleh pergi ke URL http://technorati.com/

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP